Kerjaya

Di Yat Guan Group kami percaya bahawa calon yang berkelayakan dapat membentuk pasukan terbaik di Yat Guan. Yat Guan Group sentiasa mencari individu yang berkelayakan untuk menyertai pasukan kami dan menjadi sebahagian daripada keluarga Yat Guan.

Dari plastik dan palet kayu hingga kotak dan peti yang dibuat, Yat Guan memberi tumpuan kepada perkhidmatan yang lebih baik, produk yang lebih baik dan peluang untuk berkembang di dalam syarikat dan pelanggan kami.

Kami percaya bahawa individu yang berbakat akan membentuk pasukan Yat Guan yang terbaik dan menjadi aset terbesar kami. Kami terus menerus melatih, mengasah dan meningkatkan kemahiran mereka bagi menjadikan mereka sebagai individu dan pasukan pekerja terbaik. Di Yat Guan kami mementingkan Kerjasama dan sentiasa memastikan setiap kerja keras akan di hargai dan diberi ganjaran.

Yat Guan Group sentiasa menjadikan pekerja kami keutamaan. Kami menawarkan faedah kompetitif yang setara dengan pengalaman dan produktiviti. Jika anda ingin membuat perbezaan dan menjadi sebahagian daripada syarikat kami yang dinamik  dan berkembang, kami ingin anda menyertai kami.

Ingin meningkatkan kemahiran anda? Sertailah kami sekarang.

Pekerja Am

Deskripsi Umum
Yat Guan sentiasa mencari individu untuk menyertai kami bagi memenuhi pelbagai jawatan di syarikat kami. Jawatan kami merangkumi pemandu forklift, pekerja am, pengendali mesin dan kakitangan sokongan. Sekiranya anda suka bekerja mengunakan tenaga fizikal, sukakan cabaran dan persekitaran kerja yang sesuai, sertai kami. Anda akan mendapat peluang untuk mempelajari berbagai skill dalam pertukangan.

Kadar gaji berbeza bergantung pada jawatan dan pengalaman. Operater kami dibayar pada kadar gaji harian. Mereka yang bekerja keras akan diberi ganjaran dan faedah yang kompetitif seperti bonus prestasi.

Sila nyatakan jawatan yang di pohon semasa memohon.

Pengendali QC dan Forklift

Deskripsi Umum
Persekitaran kerja di Yat Guan adalah yang pantas. Pengendali QC dan forklift bertanggungjawab untuk memuat dan memunggah produk ke armada pengangkutan kami sambil mengambil alih kawalan kualiti.

Calon yang mempunyai pengalaman diutamakan. Kami juga mengalu-alukan calon  yang tidak mempunyai pengalaman selagi anda bersedia untuk bekerja keras.

Jurutera Pembungkusan

Deskripsi Umum
Kami sedang mencari jurutera pembungkusan yang berpengalaman untuk bekerja bersama pasukan kami dan memberi cadangan kerja pembungkusan yang paling sesuai untuk pelanggan kami. Calon yang berkelayakan haruslah mempunyai pengalaman pembungkusan industri dalam industri palet dan peti.

Tanggungjawab

  • Membangunkan pembungkusan untuk memenuhi kehendak pelanggan
  • Mengendalikan projek melalui reka bentuk dan ujian
  • Memberikan sokongan teknikal untuk menilai dan memperbaiki sistem pembungkusan untuk meningkatkan lagi kadar pengeluaran dan kecekapan serta hasil, tanpa mempengaruhi sistem sedia ada dan keselamatannya.
  • Mengumpul dan menganalisis data dari pembekal dan pelanggan untuk mencari masalah produk dan analisis cara penyelesaiannya.

Kelayakan

  • Ijazah
  • A

Kakitangan Pentadbiran Pejabat

Deskripsi Umum
Yat Guan sentiasa mencari individu yang mempunyai motivasi diri yang tinggi, yang mempunyai semangat untuk belajar dan cemerlang. Deskripisi kerja merangkumi tugas pentadbiran, memastikan kelancaran aliran kerja syarikat dan menyumbang dalam mendorong pertumbuhan yang mampan. Calon yang ideal perlulah berkebolehan untuk berkerja dengan pengawasan yang minimum dan cekap dalam pengurusan masa bekerja.

Sekiranya anda fikir anda mempunyai apa yang diperlukan untuk bekerja dalam suasana pekerjaan pantas dimana kreativiti dan produktiviti anda adalah sangat penting, sertai kami sekarang.