Produk Kami
Penyelesaian Standard & Tempahan Khas
Kami menghasilkan palet, kotak dan peti kayu dalam pelbagai saiz standard serta reka bentuk khas mengikut keperluan perniagaan daripada pelbagai industri. Dengan pengalaman lebih 90 tahun, pelanggan kami merangkumi sektor perubatan, makanan dan minuman (F&B), pembinaan, marin, serta minyak dan gas.
Kami juga membekalkan palet kayu dan plastik kitar semula untuk pelbagai kegunaan industri dan logistik.
Terokai katalog produk kami di bawah untuk mendapatkan penyelesaian yang sesuai dengan keperluan anda.
Produk Baharu & Tempahan Khas

Palet & Skid Baharu
Kami menghasilkan palet mengikut spesifikasi CP, EURO, GMA, ISO dan lain-lain, menggunakan kayu padu dan kayu kejuruteraan, dengan pilihan sumber mampan.

Palet Custom
kami turut menawarkan perkhidmatan reka bentuk palet khas mengikut spesifikasi anda. Anda boleh menentukan saiz, bahan dan ukuran yang diperlukan bagi memastikan palet sesuai dengan keperluan operasi anda.

Kotak dan Peti Kayu
Direka untuk menahan tekanan berat semasa pengangkutan dan penyimpanan, kotak dan peti kami dipercayai dalam industri marin, semikonduktor, pembinaan, logistik dan pembuatan.
Palet Kitar Semula

Palet Kayu Kitar Semula
Palet kayu kitar semula kami dipulihkan dengan teliti dan diperiksa rapi untuk prestasi yang andal, sambil membantu mengurangkan kos, sisa dan kesan alam sekitar.

Palet Plastik Kitar Semula
Palet plastik tahan lasak dan tahan lembapan. Palet plastik kitar semula kami merupakan pilihan yang lebih lestari untuk kegunaan yang memerlukan tahap kebersihan tinggi, pencucian dengan air, serta penghantaran eksport.
Sudah tahu apa yang anda perlukan?
Chatbot kami, Yat Bot, menyediakan sebut harga yang pantas dan lengkap serta menjawab kebanyakan soalan lazim. Untuk pertanyaan lain, gunakan borang hubungan kami atau e-mel info@yatguangroup.com
