Produk kayu industri berpotensi untuk terus dimanfaatkan walaupun selepas tamat kegunaan asalnya. Di Canossian Spirituality Centre, pallet collar pinewood kitar semula Yat Guan telah diubah suai daripada pembungkusan industri kepada raised garden beds untuk sebuah kebun komuniti yang aktif.
Pada 18 Ogos 2026, pasukan kami menyertai Majulah Green untuk menyediakan kawasan penanaman baharu dan melihat sendiri bagaimana produk pembungkusan yang biasa digunakan dalam industri ini boleh berfungsi dalam persekitaran yang sangat berbeza.
Dibawah pimpinan Najib, Majulah Green menggunakan edible gardens untuk menggalakkan pendidikan alam sekitar, amalan pertanian mampan dan penglibatan komuniti. Semasa pasukan kami memasang raised beds dan menjalankan sedikit kerja pertukangan ringan, Najib menerangkan pendekatan di sebalik kebun tersebut, daripada companion planting dan penjagaan tanah hingga ke kelebihan praktikal menggunakan semula pallet collars sebagai planter.

Kegunaan Semula yang Praktikal
“Kukuh, serba guna dan mudah dipasang”
Najib menyifatkan pallet collars sebagai “kukuh, serba guna dan mudah dipasang”. Ciri-ciri ini menjadikannya sangat sesuai untuk digunakan sebagai raised garden beds. Reka bentuk modularnya membolehkan pallet collars disusun dalam pelbagai susunan, daripada petak yang panjang dan sempit hingga ke kawasan penanaman yang lebih besar. Ia juga boleh ditindan untuk menghasilkan bed yang lebih dalam atau menaikkan permukaan penanaman ke ketinggian yang sesuai.

Kebun ini turut memberi peluang kepada pasukan kami untuk mempelajari bagaimana Majulah Green mengusahakan pertanian sayur-sayuran secara mampan. Najib memberi penekanan kepada companion planting, iaitu kaedah menanam tumbuhan tertentu secara bersama untuk membantu mengawal perosak, menarik serangga bermanfaat dan menyokong kesihatan tanah. Sebagai sebahagian daripada sistem kebun yang lebih menyeluruh, pendekatan ini boleh mengurangkan kebergantungan kepada bahan kimia untuk mengawal perosak, sambil memlihara kesihatan keseluruhan kawasan tanaman.
Pendekatan praktikal ini turut merangkumi pemilihan bahan untuk membina kebun. Dengan menggunakan semula pallet collars dan pallets kitar semula, kayu yang masih boleh digunakan dapat terus dimanfaatkan, sekali gus memanjangkan jangka hayat produk yang pada asalnya dihasilkan untuk pengendalian industri dalam fungsi baharu.
Kekuatan Berbeza, Matlamat Bersama

Konsep penanaman bersama turut menjadi perbandingan yang sesuai bagi projek ini. Setiap organisasi membawa kekuatan yang berbeza dan menyumbang kepada sebuah kebun yang akan terus dijaga dan digunakan dari semasa ke semasa.
Majulah Green membimbing aspek pertanian dan pendidikan projek ini, dengan kerjasama pasukan Yat Guan untuk memasang struktur kayu kitar semula, menyediakan tanah dan membangunkan kawasan penanaman. Canossian Spirituality Centre pula menyediakan tapak serta komuniti yang akan terus menjaga dan memanfaatkan kebun tersebut.
Kerjasama ini menghasilkan sebuah kebun komuniti yang boleh dimanfaatkan bersama, di samping memberikan kegunaan baharu yang praktikal kepada produk industri yang sedia ada.


Sebuah Kebun Yang Akan Terus Berkembang
Yat Guan telah berkembang melalui usaha dan sokongan ramai pihak sepanjang beberapa generasi. Pengalaman ini membentuk pendekatan kami terhadap kelestarian yang menekankan penggunaan bahan secara praktikal, hubungan jangka panjang dan penglibatan dalam komuniti di sekeliling kami. Melalui projek ini, Yat Guan menterjemahkan komitmen terhadap kelestarian melalui tindakan praktikal, dengan menggunakan semula produk kayu sedia ada dan bekerjasama dengan komuniti setempat dalam menjayakan projek kebun komuniti.
Raised beds ini akan kekal sebagai sebahagian daripada kebun aktif di Canossian Spirituality Centre, di mana penghuni dan tetamu berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti berkebun dan belajar melalui pengalaman secara langsung. Apabila tanaman semakin matang, para Sisters menggunakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam di situ dalam hidangan mereka.

Kami menghargai Majulah Green dan Canossian Daughters of Charity kerana memberi peluang kepada kami untuk menyumbang dan belajar. Kebun ini memberi produk kayu kitar semula tersebut satu peranan yang berterusan, sementara tanaman muda yang tumbuh di dalamnya akan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di Centre.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai palet kayu kitar semula dan pallet collar boleh tindan yang digunakan dalam projek ini, hubungi pasukan kami untuk berbincang mengenai pilihan saiz dan jenis yang tersedia.

