Asal Usul

Yat Guan Pte Ltd telah ditubuhkan sejak tahun 1931 beribu pejabat di Singapura, pengkhususan syarikat kami adalah dalam penyediaan palet kayu, skid, peti, kotak dan bahan pembungkusan lain bagi syarikat pembuatan seperti ExxonMobil, Shell, Sony, GSK, Volvo , Becton Dickinson, dll …

Syarikat ini telah dibangunkan oleh Encik Lim Boon Qian yang memulakan perniagaan sebagai satu operasi penyelamatan kayu dan pembuatan kotak kayu di sepanjang Church Street. Melalui kerja keras dan komitmen yang tinggi, syarikat berdiri teguh sehingga ke hari ini.

Pada tahun 1938, Lim Thiam Tee mengambil alih perniagaan dari bapanya dan perniagaan ini diperluas ke 4 tempat utama di Singapura iaitu Synagogue Street, Church Street, Palmer Road dan Havelock Road. Perniagaan ini mulai berkembang menjadi pengeluar palet kayu dan kotak untuk industri perkilangan Singapura pada sekitar tahun 1960-an.

Pada tahun 1961, kejadian kebakaran di Bukit Ho Swee telah merosakkan tapak perniagaan di Havelock Road dan Palmer Road. Namun ianya tidak mematahkan semangat syarikat, tragedi ini telah memberi kekuatan untuk syarikat terus maju kehadapan. Syarikat telah berkembang dengan wujudnya satu lagi kilang pembuatan di Malaysia. Ia juga menggabungkan lokasi pembuatan di Singapura ke premisnya sekarang di Sungei Kadut.

Pada pertengahan tahun 1970-an, Yat Guan Pte Ltd telah menjadi salah satu pengeluar pertama di Singapura yang mula menyediakan palet kepada pengeluar utama di Singapura dan Malaysia, dengan usaha memperluas ke Indonesia dan lain-lain negara.